Isnin, 27 Julai 2015

Hai semua...bertemu kembali pada hari yang indah ini ( 28/7/2015 )

Mulakan hari anda dengan senyuman...kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman seperti madu liar asli 100 % conform manis dan pelbagai kegunaan jarang-jarang ada menjadi rebutan setiap peminat madu liar yang menyedari akan kualiti luar biasa yang ada pada madu ini...

Saya nak ceritakan kepada pembaca mengenai sedikit kisah berkenaan dengan madu lebah liar asli 100%...penjejak-penjejak madu liar yang pernah saya temui sebelum ini mempunyai kisah menarik disebalik usaha mereka mencari madu lebah liar.. ada yang terpaksa meredah hutan belantara dengan hanya berbekalkan makanan yang cukup-cukup sahaja..ada juga yang terpaksa berjalan kaki berbatu jauhnya semata-mata untuk mendapatkan madu ini..

Saiz sarang yang besar dan sifat lebah yang agak agresif menjadi cabaran yang harus ditempuhi sepanjang proses mengambil sarang lebah yang dipenuhi madu asli..apa tidaknya, mereka terpaksa memaut erat di batang pokok yang semestinya besar lilitannya dalam masa yang sama memberikan tumpuan 100% semasa menuai hasil...tinggi pokok memang boleh tahan juga..beberapa batang kayu panjang di jadikan tangga yang semestinya mempunyai risikonya sendiri...hebatkan mereka ni..sapa berani boleh cuba..tapi kena tahan  hati, mental dan fizikal la...

Oklah..itu Sedikit cerita kisah menarik yang dilalui oleh pemburu madu lebah liar 100% asli demi mendapatkan kualiti madu 100% luar bisa hebat.....

Ahad, 26 Julai 2015

                                                   Madu yang sudah dibotolkan

Saiz Botol 500 ml


Madu 100% asli


WhatsApp/Sms - 01136470214 (Mr Noah)


Madu Liar Asli 100%

Haloooo...

Pengalaman berjalan menaiki kereta melalui jalan berbukit dan meredah kedamaian alam yang masih belum terusik begitu mengujakan diriku dan rakan-rakan semata-mata mencari Madu Lebah Liar Asli di Kg Gana, Kota Marudu Sabah. Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh beberapa individu yang telah membuat janji temu kepada kami beberapa hari yang lepas melalui perjumpaan face to face maklumlah di sana line telefon tak ada.

Kami sangat teruja apabila melihat beberapa Gelen madu Lebah Liar yang telah mereka kumpulkan sejak beberapa bulan yang lalu. Terdetik di hati mengenai kesangsian yang menyelubungi diri akan keaslian madu tersebut maklumlah banyak madu yang dijual di pasar-pasar tamu diragui kualitinya.

Apabila salah seorang rakan saya memeriksa madu dalam bekas itu, dia menunjukkan tanda bagus kepada kami semua. Sambil di perhatikan oleh tuan punya madu dengan senyuman bangga.


"berapa lama lah kamu kumpul macam ni banyak " saya bertanya...

"emm lebih kurang 1 bulan kami tinggal di dalam hutan dan kena berani panjat pokok berpuluh-puluh kaki tinggi" balas tuan punya madu..


kami semua terkejut saling berpandangan. kagum dengan kecekalan mereka untuk mengumpulkan madu terbaik 100% asli...mereka sanggup berhadapan dengan sengatan tebuan dan risiko memanjat pokok puluhan kaki tinggi semata-mata untuk mendapatkan madu tersebut....

 " bos jarang-jarang ni madu lebah liar...kadang-kadang 5 tahun sekali baru ada.." tuan punya madu memberi penerangan..

"Madu ni banyak khasiat..bagus untuk anak yang batuk juga...kalau yang minat bagus simpan ni madu...sebab mungkin lama lagi baru ada balik madu ni" tuan punya madu menambah...

Tertarik dengan penerangan ringkas tuan punya madu, kami pun menjalankan urusan tawar menawar diakhiri dengan membeli madu tersebut.. memang cukup berbaloi apabila madu dengan TINGGI KUALITI & 100% ASLI kini berjaya kami perolehi....